Portal Penyelidikan Etnik Sarawak
Etnik Salako

Masyarakat Salako merupakan sub etnik masyarakat Bidayuh di Sarawak. Dahulunya etnik Salako atau lebih dikenali oleh orang tempatan sebagai Salako bukan dikategorikan dalam masyarakat Bidayuh kerana etnik ini mempunyai perbezaan yang ketara dari sudut dialek, kebudayaan dan pakaian. Walau bagaimanapun, semenjak 1970-an, etnik Salako telah dimasukkan ke dalam kategori masyarakat Bidayuh atas sebab politik. Populasi masyarakat Salako di Sarawak tidak ramai dan majoriti mereka mendiami daerah kecil Sematan di daerah Lundu bahagian Kuching, Sarawak, Malaysia Timur. Masyarakat Salako ini berasal dari Gunung Gajing yang terletak di sekitar Sungai Salako atau Sungai Selakau berdekatan dengan daerah Singkawang, Kalimantan Barat. Mereka telah bermigrasi ke Sarawak sekitar 1800-an dan menetap di sekitar kawasan Sungai Pasir dan Sungai Kayan.

Oleh kerana itu, istilah Salako diguna pakai bersempena dengan tempat asal mereka dahulu. Di Kalimantan Barat, istilah Salako agak tidak dikenali dan kurang digunakan. Menurut Encik Akang Anak Lani yang juga merupakan ketua adat atau Binua di Kampung Siru Dayak, Sematan menyatakan bahawa istilah Salako diambil sempena masyarakat peribumi yang berasal dari pesisir sungai Salako atau Selakau. Tambah beliau lagi, di Kalimantan Barat, etnik Salako ini lebih dikenali dengan panggilan etnik Kanayatn yang mana ia merupakan salah satu rumpun Dayak di sana. Sungguhpun ada yang berpendapat bahawa Salako adalah berbeza dengan Kanayatn, tetapi jika dilihat dari sudut bahasa dan kepercayaan, ternyata kedua-dua etnik ini seakan-akan asalnya adalah satu etnik yang sama.

Antara elemen kebudayaan dalam sesebuah masyarakat ialah bentuk ritual yang diamalkan selain dari seni penulisan, tarian, nyanyian, pakaian, makanan dan sebagainya. Bentuk-bentuk ritual yang terdapat di dalam budaya masyarakat Salako sangat berkait rapat dengan alam sekitar terutamanya yang berkaitan dengan tumbuh-tumbuhan (terutamanya padi), sungai dan tanah. Hal ini disebabkan masyarakat Salako merupakan masyarakat yang masih lagi menjadikan sektor pertanian sebagai sumber utama ekonomi mereka. Dalam masyarakat Salako, ritual diadakan dan dipersembahkan bagi mendapat keizinan dari Jubata dan mengharapkan kesejahteraan dalam kehidupan mereka. Ritual dalam bahasa Salako dikenali sebagai Rukun dan bagi masyarakat Salako Rukun secara asasnya terbagi kepada dua kategori iaitu Rukun Ka Manusia atau Gawe Ka Manusia (ritual untuk manusia) dan Rukun Ka Padi atau Gawe Ka Padi (ritual untuk padi). Ritual untuk manusia pula pada dasarnya terbahagi kepada dua iaitu Rukun Idup (ritual untuk kehidupan) dan Rukun Mati (ritual untu kematian).

Antara contoh ritual yang termasuk di dalam kategori Rukun Idup ialah seperti Bataah (ritual memberi nama), Basunat (berkhatan bagi lelaki), Batenek (bertindik telinga bagi perempuan), Basampaatn dan Nangket (upacara dalam adat perkahwinan). Manakala antara upacara yang termasuk di dalam kategori rukun mati ialah seperti Mongkoti, Nyuanyak dan Maya’. Di dalam Rukun Ka Padi (ritual untuk padi) pula terdapat beberapa ritual yang bertujuan untuk memohon kesejahteraan dan kesuburan tanaman padi mereka seperti ritual Naah (buka tanah), Basamsam (padi baru ditanam), Nyia’ng Bunting (padi baru berbunga) dan Ngabayatn (padi selesai dituai) (Awang Hasmadi, 1994 : 43). Sungguhpun begitu, menurut maklumat dari beberapa informan yang ditemu bual, mereka menyatakan bahawa kebanyakkan ritual yang disebutkan di atas wajib dimulai dengan satu ritual yang di panggil sebagai Nyangahatn. Jelasnya di sini, Nyangahatn amat sinonim dengan kehidupan masyarakat Salako kerana dalam setiap upacara yang diadakan sudah pasti dimulakan dengan ritual tersebut.

Hubungi Kami :

Prof. Madya Dr. Mohamad Maulana Bin Magiman
Pengerusi Kursi Pehin Sri Adenan Satem
: (6086)-855215
: kursitoknan@upm.edu.my