Portal Penyelidikan Etnik Sarawak
Biasiswa Kursi Pehin Sri Adenan Satem

Penajaan Biasiswa Kursi Tok Nan ini merupakan salah satu inisiatif penubuhan Kursi Tok Nan antara UPM Kampus Bintulu Sarawak dan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak dalam usaha untuk membantu dana pengajian anak tempatan dalam bidang Sains Sosial dan Kemanusian.

Penawaran ini terbuka hanya kepada Anak Jati Sarawak yang mengambil jurusan Diploma Pembangunan Manusia dan Bacelor Sains Pembangunan Manusia dengan Pengurusan sahaja di tahun pertama pengajian bagi sesi akademik 2024 bagi peringkat pengajian Diploma, Bachelor, Master dan PhD.

Iklan permohonan penajaan biasiswa akan dimaklumkan kepada pelajar melalui hebahan emel, laman web rasmi UPMKB, laman rasmi FB dan IG UPMKB. Tarikh iklan maklumat permohonan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Syarat Permohonan

  1. Pemohon mestilah anak jati Sarawak. (sama ada ibu atau bapa atau kedua-duanya sekali anak kelahiran Sarawak)

  2. Pemohon, ibu dan bapa mestilah Warganegara Malaysia.

  3. Mempunyai keputusan akademik yang cemerlang minimum PNGK 3.500 ke atas.

  4. Hanya pemohon yang BELUM MENERIMA SEBARANG PENAJAAN daripada lain-lain penaja atau bantuan kewangan dari mana-mana organisasi dalam atau luar negara layak memohon.

  5. Pelajar yang telah mendapat tajaan (pinjaman/biasiswa) contohnya, JPA, MARA dan sebagainya TIDAK LAYAK MEMOHON.

  6. Pelajar yang telah / pernah menerima pinjaman daripada mana-mana badan tajaan di dalam pengajian pensijilan atau diploma, tidak layak untuk memohon. Sekiranya pernah menerima pinjaman pelajaran, surat selesai bayaran pinjaman hendaklah disertakan bersama borang permohonan.

Penajaan Biasiswa

  1. Tawaran biasiswa ini merangkumi yuran pengajian, yuran kolej kediaman, elaun buku dan wang saku.

  2. Penawaran biasiswa akan diberikan selama 4 semester untuk pelajar program Diploma dan 6 semester untuk pelajar program Bachelor.

  3. Hanya pemohon di senarai tapis untuk temuduga sahaja akan dihubungi. Jika permohonan anda tiada jawapan dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh tutup, maka permohonan anda dianggap tidak berjaya.

Jumlah Agihan Penajaan Biasiswa

  1. Kuota penerima biasiswa bagi pelajar diploma adalah sebanyak 5 orang, manakala bagi pelajar bachelor adalah 6 orang.

  2. Pelajar diploma akan menerima bantuan kewangan sebanyak RM1500.00 bagi setiap semester. Jumlah tajaan keseluruhan bagi 4 semester adalah sebanyak RM6000.00.

  3. Pelajar bachelor akan menerima tajaan bantuan kewangan sebanyak RM2000.00 bagi setiap semester. Jumlah keseluruhan tajaan bagi 6 semester adalah sebanyak RM12000.00.

Maklumat Tambahan Tawaran Biasiswa

  1. Setiap penerima tajaan Biasiswa Tok Nan akan disertakan Surat Tawaran Biasiswa dan Lampiran Perjanjian Biasiswa serta perlulah melengkapkan dokumen berikut;

    1. Surat Akuan Penerimaan Biasiswa.

    2. Surat Akuan Perjanjian Biasiswa.

  2. Sekiranya jumlah penerima biasiswa bagi tahun 2023 kurang daripada jumlah sasaran, kuota selebihnya akan dibawa ke tahun akademik 2024, mengguna pakai syarat dan prosedur yang sama.

Borang Permohonan

Pegawai Pengurus

Untuk maklumat lanjut berkaitan Biasiswa Kursi Pehin Sri Adenan Satem, bolehlah terus menghubungi Pegawai Penyelaras seperti maklumat di bawah :

    Biasiswa Pra Siswazah
    Puan Nurul Haziqah Binti Hasan,
    086-855613 (pejabat)
    haziqah@upm.edu.my

Biasiswa Pasca Siswazah
Ts. Dr. Fauziah Abu Bakar,
ab_fauziah@upm.edu.my

    t.kemaskini : 26/01/2024 zul

Untuk maklumat lanjut berkaitan Biasiswa Kursi Pehin Sri Adenan Satem, bolehlah terus menghubungi Pegawai Penyelaras seperti maklumat di bawah :

  Biasiswa Pra Siswazah
  Puan Nurul Haziqah Binti Hasan,
  086-855613 (pejabat)
  haziqah@upm.edu.my

  Biasiswa Pasca Siswazah
  Ts. Dr. Fauziah Abu Bakar,
  ab_fauziah@upm.edu.my
   

    t.kemaskini : 29/01/2024 zul

Portal Penyelidikan Etnik Sarawak
Hubungi Kami :

Prof. Madya Dr. Mohamad Maulana Bin Magiman
Pengerusi Kursi Pehin Sri Adenan Satem
: (6086)-855215
: kursitoknan@upm.edu.my