|
Sarawak kaya dengan kepelbagaian etnik yang hidup bersatu padu dan harmoni.
Keunikan budaya dan cara hidup masyarakat di Sarawak merupakan salah satu
tarikan pelancongan wilayah Sarawak. Menurut catatan sejarah, Sarawak mempunyai
sekitar 60 kumpulan etnik sebelum kedatangan Rajah James Brooke pada tahun 1841.
Walaubagaimanapun terdapat etnik minoriti yang telah pupus disebabkan faktor
asimilasi, agama dan campur tangan politik. Terdapat sebahagian lagi etnik
seperti Ukit, Sihan, Lahanan, Kejaman, Longkiput, Saban, Sekapan, Tagal, Remun,
Tatau, Pegu, Jetti dan Miriek semakin dilupakan dan kurang dikenali kerana budaya
mereka kurang atau tidak didokumentasikan.
|
|
|
|
|
Tumpuan utama penyelidikan kursi ini adalah untuk mendokumentasikan warisan budaya
etnik minoriti Sarawak yang merupakan suatu khazanah yang bernilai tinggi dan menjadi
ikon dalam pembentukan bangsa Sarawak. Mereka ini kaya dengan kebudayaan yang unik,
warisan peninggalan nenek moyang mereka dan ianya perlu dikaji dan direkodkan agar
unsur-unsur budaya dan jati diri etnik peribumi ini dapat diabadikan serta ditonjolkan
kepada masyarakat umum.
|
|||
|
Sarawak kaya dengan kepelbagaian etnik yang hidup bersatu padu dan harmoni. Keunikan budaya dan cara hidup masyarakat di Sarawak merupakan salah satu tarikan pelancongan wilayah Sarawak. Menurut catatan sejarah, Sarawak mempunyai sekitar 60 kumpulan etnik sebelum kedatangan Rajah James Brooke pada tahun 1841. Walaubagaimanapun terdapat etnik minoriti yang telah pupus disebabkan faktor asimilasi, agama dan campur tangan politik. Terdapat sebahagian lagi etnik seperti Ukit, Sihan, Lahanan, Kejaman, Longkiput, Saban, Sekapan, Tagal, Remun, Tatau, Pegu, Jetti dan Miriek semakin dilupakan dan kurang dikenali kerana budaya mereka kurang atau tidak didokumentasikan. |
|
|
|
|
Penubuhan Kursi Pehin Sri Adenan Satem di Fakulti Kemanusian, Pengurusan dan Sains,
UPM Kampus Bintulu Sarawak merupakan satu usaha murni untuk mengiatkan penyelidikan
etnik di Sarawak dengan kepakaran penyelidik di kampus ini dan sokongan daripada
penyelidik antropologi daripada seluruh Malaysia. Kursi ini telah mendapat sokongan
penuh daripada kerajaan Sarawak dan telah memberikan peruntukan sebanyak RM2.54 juta
kepada Universiti Putra Malaysia untuk bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan,
Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak.
|
|
Objektif penubuhan Kursi Pehin Sri Adenan Satem ini adalah seperti berikut: |
|
|
|
||
|
Perasmian Kursi Pehin Sri Adenan Satem telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg, Premier Sarawak pada 27 Oktober 2021 di Hotel Grand Magherita, Kuching bersempena dengan perasmian Konferen Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan 2021(ICOSH 2021). |
||
|
|
|
|
|
|
|
Perasmian Kursi Pehin Sri Adenan Satem telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg, Premier Sarawak pada 27 Oktober 2021 di Hotel Grand Magherita, Kuching bersempena dengan perasmian Konferen Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan 2021(ICOSH 2021). |
|
|
|
|
|
Kursi Pehin Sri Adenan Satem telah mengenalpasti 4 agensi yang akan menjadi rakan strategik serta pemegang taruh kepada kursi ini. Hasil penyelidikan dan bahan yang didokumenkan melalui pelbagai media akan dikongsikan kepada Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Jabatan Muzium Sarawak, Perpustakaan Sarawak dan Majlis Adat Istiadat Sarawak selain UPM Kampus Bintulu Sarawak. |