Portal Penyelidikan Etnik Sarawak
Etnik Kadayan

Penyelidikan ini adalah berkisar tentang makna simbol-simbol yang terdapat dalam ritual Makan Tahun masyarakat Kadayan di Bekenu, Sarawak. Selain daripada masyarakat Iban, masyarakat Kadayan juga sememangnya terkenal sebagai salah satu kumpulan etnik yang bergiat aktif dengan aktiviti pertanian terutamanya aktiviti penanaman padi. Ritual Makan Tahun ini memang sudah lama dipraktikkan dan disambut oleh masyarakat Kadayan di Bekenu, Sarawak sejak zaman berzaman. Namun, berdasarkan kepada dapatan daripada kajian yang dilaksanakan, didapati terdapat perubahan pada tatacara dan kaedah pelaksanaannya pada masa kini jika dibandingkan dengan zaman dahulu. Ini berlaku disebabkan oleh wujudnya unsur sinkretisme.

Untuk itu, melalui kajian ini, kita akan cuba mengupas simbol–simbol yang terdapat dalam ritual Makan Tahun dan sekaligus melihat perkaitan antara simbol–simbol tersebut dengan kehidupan seharian masyarakat Kadayan di Bekenu, Sarawak. Selain itu, kita juga mampu mengupas makna bagi setiap simbol yang ada secara lebih mendalam. Contohnya kelupis yang merupakan salah satu sajian utama atau kemestian yang ada dalam ritual Makan Tahun sentiasa dijadikan sebagai bekalan kepada masyarakat Kadayan apabila mereka bekerja atau bermusafir terutamanya untuk mencari kawasan bagi tujuan pertanian kerana tahan lama dan mudah untuk dibawa. Bahan–bahan yang digunakan dalam pembuatan kelupis ini juga berunsurkan alam sekitar contohnya bahan yang digunakan untuk membungkus kelupis menggunakan daun yang mudah didapati disekeliling penempatan mereka seperti daun silat.

kadayan_intro

Setiap ritual sememangnya mempunyai prosedur, aturan, bacaan tertentu dan pantang–larang tertentu dalam melaksanakannya. Kesemua ini telah ditetapkan dan diperturunkan oleh nenek moyang sesuatu masyarakat dari sejak dahulu lagi. Adalah menjadi kemestian segala maklumat dan ajaran pelaksanaan ritual Makan Tahun yang diperturunkan oleh nenek moyang ini diikuti dan dipenuhi keperluan dan syaratnya tanpa sedikit kekurangan, kecacatan atau kepincangan. Ini bagi memastikan asas utama pelaksanaan ritual ini mencapai objektif peganjurannya. Namun, berdasarkan kepada situasi semasa, tidak mustahil terdapat sedikit perubahan pada prosedur, aturan dan pantang–larang sesuatu ritual masyarakat masa kini berbanding masyarakat pada zaman dahulu. Perubahan ini bukanlah didukung oleh konsep yang muda melupakan yang tua, namun ianya dibuat berdasarkan kepada beberapa faktor tertentu seperti kesesuaian dengan tuntutan agama, kekurangan pakar rujuk, kekurangan bahan atau perubahan pada pemikiran generasi masa kini. Inilah yang dimaksudkan dengan asimilasi iaitu penggabungan atau penyatuan sesuatu unsur dengan beberapa unsur lain yang kemudiannya membentuk satu unsur baharu. Proses ini boleh dikatakan lengkap hanya jika unsur baharu tersebut diterima oleh semua pihak dalam komuniti tersebut. Jesteru, melalui kajian ini, kita akan mendalami kaedah dan prosedur penyediaan simbol serta maksud dan makna setiap simbol dalam pelaksanaan ritual Makan Tahun masyarakat Kadayan di Bekenu, Sarawak.

Selain itu, kajian ini juga diharapkan dapat memberi sumbangan kepada masyarakat terutamanya para penyelidik untuk memahami dan mendalami sosio - budaya masyarakat Kadayan di Bekenu, Sarawak. Dengan mengupas lebih lanjut berhubung peranan serta makna simbol yang digunakan dalam ritual Makan Tahun masyarakat Kadayan di Bekenu, Sarawak ini, ianya sedikit sebanyak boleh menjadi maklumat tambahan kepada penyelidikan yang akan datang tentang budaya hidup masyarakat di kawasan yang dikaji. Ritual Makan Tahun ini bukan sahaja dilaksanakan untuk menunjukkan rasa syukur kepada Tuhan malah ianya digambarkan sebagai salah satu kaedah untuk menunjukkan nilai kebersamaan masyarakat Kadayan di mana semua penduduk kampung bekerjasama dan bersatu padu memastikan perjalanan ritual ini berjalan dengan lancar dan dapat dilaksanakan dengan penuh gemilang. Penggunaan simbol yang ada baik dalam bentuk bahan mahu pun perlakuan ini merupakan simbol kepada identiti masyarakat Kadayan itu sendiri.

Kajian ini juga dilihat mampu merungkai perubahan–perubahan yang berlaku dalam ritual Makan Tahun masyarakat Kadayan di Bekenu, Sarawak. Seperti yang kita sedia maklum, aktiviti pembangunan di kawasan setempat, peningkatan taraf pendidikan generasi muda, sistem perhubungan tanpa sempadan serta kemudahan teknologi bagi mendapatkan maklumat, kesemua ini memberi impak yang besar kepada masyarakat terutamanya dalam kalangan generasi muda. Apabila generasi muda sudah mempunyai pemikiran yang lebih terbuka serta pendidikan yang lebih tinggi terutamanya dalam bidang agama, mereka mula mempersoal amalan–amalan yang dilaksanakan oleh generasi tua sebelum ini. Malah, dengan adanya sumber–sumber maklumat seperti televisyen, internet dan sebagainya membolehkan masyarakat tua yang sedia ada juga sudah mula celik kepada ilmu berkaitan agama. Ini juga menjadi salah satu faktor berlakunya perubahan kepada amalan tradisi generasi terdahulu kerana telah diubah dan disesuaikan dengan ilmu dan pengetahuan terutamanya dalam bidang agama oleh generasi masa kini. Contohnya, pelaksanaan atur cara Ratib Saman pada satu ketika dahulu adalah satu kemestian namun kini, ianya sudah ditinggalkan dan tidak dilaksanakan. Generasi masa kini menganggap atur cara tersebut mempunyai unsur–unsur khurafat. Malah beberapa aktiviti lain juga turut mempunyai perubahan yang disesuaikan dengan keadaan, situasi serta undang–undang Islam yang berkuat kuasa seperti penghapusan beberapa jenis mantera yang dianggap sebagai khurafat/bidaah.

Penyelidikan ini adalah berkisar tentang makna simbol-simbol yang terdapat dalam ritual Makan Tahun masyarakat Kadayan di Bekenu, Sarawak. Selain daripada masyarakat Iban, masyarakat Kadayan juga sememangnya terkenal sebagai salah satu kumpulan etnik yang bergiat aktif dengan aktiviti pertanian terutamanya aktiviti penanaman padi. Ritual Makan Tahun ini memang sudah lama dipraktikkan dan disambut oleh masyarakat Kadayan di Bekenu, Sarawak sejak zaman berzaman. Namun, berdasarkan kepada dapatan daripada kajian yang dilaksanakan, didapati terdapat perubahan pada tatacara dan kaedah pelaksanaannya pada masa kini jika dibandingkan dengan zaman dahulu. Ini berlaku disebabkan oleh wujudnya unsur sinkretisme.

Untuk itu, melalui kajian ini, kita akan cuba mengupas simbol–simbol yang terdapat dalam ritual Makan Tahun dan sekaligus melihat perkaitan antara simbol–simbol tersebut dengan kehidupan seharian masyarakat Kadayan di Bekenu, Sarawak. Selain itu, kita juga mampu mengupas makna bagi setiap simbol yang ada secara lebih mendalam. Contohnya kelupis yang merupakan salah satu sajian utama atau kemestian yang ada dalam ritual Makan Tahun sentiasa dijadikan sebagai bekalan kepada masyarakat Kadayan apabila mereka bekerja atau bermusafir terutamanya untuk mencari kawasan bagi tujuan pertanian kerana tahan lama dan mudah untuk dibawa. Bahan–bahan yang digunakan dalam pembuatan kelupis ini juga berunsurkan alam sekitar contohnya bahan yang digunakan untuk membungkus kelupis menggunakan daun yang mudah didapati di sekeliling penempatan mereka seperti daun silat.

kadayan_intro

Setiap ritual sememangnya mempunyai prosedur, aturan, bacaan tertentu dan pantang–larang tertentu dalam melaksanakannya. Kesemua ini telah ditetapkan dan diperturunkan oleh nenek moyang sesuatu masyarakat dari sejak dahulu lagi. Adalah menjadi kemestian segala maklumat dan ajaran pelaksanaan ritual Makan Tahun yang diperturunkan oleh nenek moyang ini diikuti dan dipenuhi keperluan dan syaratnya tanpa sedikit kekurangan, kecacatan atau kepincangan. Ini bagi memastikan asas utama pelaksanaan ritual ini mencapai objektif peganjurannya. Namun, berdasarkan kepada situasi semasa, tidak mustahil terdapat sedikit perubahan pada prosedur, aturan dan pantang–larang sesuatu ritual masyarakat masa kini berbanding masyarakat pada zaman dahulu. Perubahan ini bukanlah didukung oleh konsep yang muda melupakan yang tua, namun ianya dibuat berdasarkan kepada beberapa faktor tertentu seperti kesesuaian dengan tuntutan agama, kekurangan pakar rujuk, kekurangan bahan atau perubahan pada pemikiran generasi masa kini. Inilah yang dimaksudkan dengan asimilasi iaitu penggabungan atau penyatuan sesuatu unsur dengan beberapa unsur lain yang kemudiannya membentuk satu unsur baharu. Proses ini boleh dikatakan lengkap hanya jika unsur baharu tersebut diterima oleh semua pihak dalam komuniti tersebut. Jesteru, melalui kajian ini, kita akan mendalami kaedah dan prosedur penyediaan simbol serta maksud dan makna setiap simbol dalam pelaksanaan ritual Makan Tahun masyarakat Kadayan di Bekenu, Sarawak.

Selain itu, kajian ini juga diharapkan dapat memberi sumbangan kepada masyarakat terutamanya para penyelidik untuk memahami dan mendalami sosio - budaya masyarakat Kadayan di Bekenu, Sarawak. Dengan mengupas lebih lanjut berhubung peranan serta makna simbol yang digunakan dalam ritual Makan Tahun masyarakat Kadayan di Bekenu, Sarawak ini, ianya sedikit sebanyak boleh menjadi maklumat tambahan kepada penyelidikan yang akan datang tentang budaya hidup masyarakat di kawasan yang dikaji. Ritual Makan Tahun ini bukan sahaja dilaksanakan untuk menunjukkan rasa syukur kepada Tuhan malah ianya digambarkan sebagai salah satu kaedah untuk menunjukkan nilai kebersamaan masyarakat Kadayan di mana semua penduduk kampung bekerjasama dan bersatu padu memastikan perjalanan ritual ini berjalan dengan lancar dan dapat dilaksanakan dengan penuh gemilang. Penggunaan simbol yang ada baik dalam bentuk bahan mahu pun perlakuan ini merupakan simbol kepada identiti masyarakat Kadayan itu sendiri.

Kajian ini juga dilihat mampu merungkai perubahan–perubahan yang berlaku dalam ritual Makan Tahun masyarakat Kadayan di Bekenu, Sarawak. Seperti yang kita sedia maklum, aktiviti pembangunan di kawasan setempat, peningkatan taraf pendidikan generasi muda, sistem perhubungan tanpa sempadan serta kemudahan teknologi bagi mendapatkan maklumat, kesemua ini memberi impak yang besar kepada masyarakat terutamanya dalam kalangan generasi muda. Apabila generasi muda sudah mempunyai pemikiran yang lebih terbuka serta pendidikan yang lebih tinggi terutamanya dalam bidang agama, mereka mula mempersoal amalan–amalan yang dilaksanakan oleh generasi tua sebelum ini. Malah, dengan adanya sumber–sumber maklumat seperti televisyen, internet dan sebagainya membolehkan masyarakat tua yang sedia ada juga sudah mula celik kepada ilmu berkaitan agama. Ini juga menjadi salah satu faktor berlakunya perubahan kepada amalan tradisi generasi terdahulu kerana telah diubah dan disesuaikan dengan ilmu dan pengetahuan terutamanya dalam bidang agama oleh generasi masa kini. Contohnya, pelaksanaan atur cara Ratib Saman pada satu ketika dahulu adalah satu kemestian namun kini, ianya sudah ditinggalkan dan tidak dilaksanakan. Generasi masa kini menganggap atur cara tersebut mempunyai unsur – unsur khurafat. Malah beberapa aktiviti lain juga turut mempunyai perubahan yang disesuaikan dengan keadaan, situasi serta undang–undang Islam yang berkuat kuasa seperti penghapusan beberapa jenis mantera yang dianggap sebagai khurafat/bidaah.

Portal Penyelidikan Etnik Sarawak
Hubungi Kami :

Prof. Madya Dr. Mohamad Maulana Bin Magiman
Pengerusi Kursi Pehin Sri Adenan Satem
: (6086)-855215
: kursitoknan@upm.edu.my